Info Pendidikan Pra Universiti (Tingkatan Enam)
Tingkatan enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pelaksanaan pengurusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran adalah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada sekolah biasa sama seperti pengurusan pentadbiran bagi tingkatan satu hingga lima. Bermula tahun 2008, penjawatan tingkatan enam telah dibuat penambahbaikan dengan mewujudkan penjawatan naik pangkat DG 44, DG 48, dan DG 52 bagi guru-guru akademik. Ini menunjukkan bahawa pendidikan lepas menengah telah mula dilihat sebagai satu platform yang penting dan alternatif bagi pelajar lepas menengah untuk memasuki ke Intitusi Pengajian Tinggi selain daripada Matrikulasi.
Perbandingan bilangan tawaran dan enrolmen pelajar tingkatan enam bawah menunjukkan satu pola yang sama iaitu daripada mula mereka mendaftar pada bulan Mei sehinggalah bulan Januari tahun berikutnya menunjukkan penyusutan sehingga hampir 40% seluruh negara. Justeru perlu ada usaha untuk memperkasakan tingkatan enam agar ia menjadi pilihan utama pelajar yang telah menamatkan tingkatan lima sebagai persedian untuk memasuki Intitusi Pendidikan Tinggi. Transformasi Pendidikan Ke Arah Menjana modal Insan Cemerlang, perubahan atau transformasi perlu dilakukan dalam pengurusan dan pelaksanaan tingkatan enam. Tanggunfjawab ini perlu dipikul bersama samada di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia dari segi dasar dan polisi hinggalah kepada perlaksanaan di sekolah. Kesedian untuk berubah dan bergerak daripada yang biasa kepada yang luar biasa agar dapat menjana insan yang cemerlang di kalangan pelajar tingkatan enam.
